Wednesday, November 19, 2008
DAH CUTI!!!!
Thursday, October 23, 2008
PASCA PMR,FINAL & SPM...!!!
Monday, October 6, 2008
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!!!!
Tuesday, September 23, 2008
Monday, September 22, 2008
PESANAN AYAHANDA PENGARAH KEPADA CALON PMR DAN SPM 2008
Daripada Ayahanda
(HJ. SUFA'AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
Friday, September 19, 2008
TQ TeACHErs....
Di kesempatan ini, terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah membantu melancarkan perjalanan program ni...you're great frenzz....all for one & 1 for all....
Congrats juga pada students yang berjaya membawa pulang hadiah.....Memang anda semua warga Malaysia yang cemerlang..!!
Minggu depan kita pergi lawatan pulak ye...
Sebelah malam pulak kita sama-sama attend majlis solat hajat untuk PMR dan SPM...Ramai ibubapa dan pelajar yang hadir...Mudah-mudahan PMR dan SPM candidates tahun ini berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH....
Thursday, September 18, 2008
EXAM..EXAM...EXAM....!!!
- Ulangkaji berterusan secara ind @ berkumpulan, discussion..(bagi yg pandai, jgn kedekut ilmu ye...)
- Jaga kesihatan diri : riadah,makanan seimbang, tidur yg cukup, emosi yg stabil..
- Memotivasikan diri utk berjaya dgn cemerlang.
- Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...
SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN...
- Bertenang (emosi yg. stabil)
- Lihat nota2 yg telah anda buat..
- Tandakan jadual peperiksaan..(jgn salah hari)
- pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alatulis yg diperlukan lengkap...
- berdoa banyak2
- dapatkan sokongan moral dr keluarg..
- persiapkan mental anda untuk berjuang di dewan peperiksaan!!
- pastikan tidur yg cukup..(nanti mengantuk tgh jawab exam...)
- bangun awal pagi
- sarapan yg. seimbang
- pastikan maklumat peperiksaan lengkap
- datang awal ke dewan peperiksaan
- tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
- doa-mohon ketenangan dan kejayaan
- masuk ke dewan dengan tenang
- peristiwa luar jangka : simpan no. telefon ..(sekolah..guru..su peperiksaan)
- Tenangkan diri dan yakin dengan kebolehan anda untuk menjawab dengan baik..
- dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
- baca semua soalan berhati-hati dan teliti
- jawab soalan yg senang dahulu
- catat idea pd kertas soalan (bg karangan @esei)
- sentiasa semak baki masa yg ada..
- jika tertekan ....banyakkan istighfar,tarik nafas, bertenang...
- jangan tidur...(nanti anda akan kelam kabut tak cukup masa!!)
"Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana di ulangkaji. Lupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.." -HAMKA-
Monday, September 15, 2008
LAMAN MOTIVASI...Inilah Nasihat Pepatah Lama Cina...

Di Pertengahan Ramadhan....

Friday, September 12, 2008
UJI OTAK ANDA...

Wednesday, September 10, 2008
PROGRAM "ANAKKU SAYANG"

Tuesday, September 9, 2008
SEBELUM KAMU MENGELUH..

1.Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali
2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.
5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup
6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat
7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang
tinggal di jalanan
8. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan
9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
11. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup !
Adaptasi dari karya Indonesia untuk kita sama-sama renungi dan hayati....
Friday, September 5, 2008
TRIAL SPM...
Wednesday, September 3, 2008
SURATAN @ KEBETULAN..

Begitulah jua roda kehidupan..ada masa kita diuji dengan kejayaan dan ada waktu pula kita diuji dengan kegagalan..Sesungguhnya, di sebalik sesuatu yang berlaku itu, tersembunyi hikmah yang cukup besar ertinya..Ayuh!kita bangkit dari kegagalan dan kesedihan lalu kerana sudah pasti ada sinar hikmah untuk kita...
Friday, August 29, 2008
WoNdErPETS??

MALAYSIAKU MERDEKA!!!
Untuk pelajar-pelajar yang dikasihi..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51...Hmm..dan bagi anak-anak yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos..Happy Birthday!!
Wednesday, August 27, 2008
Wanita dan Rama-rama...
Tuesday, August 26, 2008
"Early birds get the most worms..."


- Awal datang ke kelas atau kuliah. Pelajar yang datang awal mempunyai masa untuk bersedia sebelum mula belajar.
- Duduk di barisan hadapan dan pilih posisi tengah dalam sebarang majlis atau perhimpunan. Posisi hadapan memudahkan tumpuan dan kurang gangguan.
- Membuat persiapan awal dalam semua subjek dan topik dengan membaca buku atau menelusuri setiap bab sebelum guru mula mengajar topik berkenaan.
- Paling awal membuat persiapan untuk peperiksaan.
- Mendahului pencapaian di dalam sebarang ujian dan peperiksaan.
- Mencapai kecemerlangan sejak awal tahun dan tidak menangguh belajar hingga ke saat-saat terakhir.
Monday, August 25, 2008
Beautiful Heart For Beautiful People...
Friday, August 15, 2008
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan
Wednesday, August 13, 2008
AMANAT PENGARAH JPN JOHOR

Diikat-ikat sehingga panjang,
Makanan Untuk Menguatkan Daya Ingatan..
(MADU) : Madu ialah makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan pelbagai zat galian yang penting. Madu berkesan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti mengelakkan kepenatan otak apabila berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Pelajar digalakkan mengambil madu sebanyak dua sudu teh pada waktu pagi dan malam serta dilarang memakan tembikai semasa mengggunakan madu.
(SUSU SEGAR) : Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat merawat kesihatan umum dan penawar kelupaan serta boleh menguatkan tulang belakang dan memperbaiki penglihatan. pelajar disaran mengambil segelas susu pada sebelah pagi dan malam.
(TELUR) : Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur kaya dengan pelbagai khasiat dan berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan masih baru.
(GINKGO) : Digunakan sebagai ubat menguatkan daya mengingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut Dr. George Lewith dari Royal South hants Hospital di Southampton, England, ginkgo boleh memperbaiki peredaran darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
(MINYAK IKAN) : Mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting daripada membaran sel otak yang boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
(KACANG) : Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya dan pistasio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Oleh itu, pelajar disaran mengamalkan makanan-makanan yang berupaya meningkatkan ketajaman minda dan daya ingatan..Jangan asyik makan makanan ringan atau 'fast food' saja ye..untuk info lebih lanjut, anda boleh mendapatkan majalah FOKUS terbaru di pasaran....
Monday, August 11, 2008
GOOD LUCK FOR TRIAL EXAM..
Hari Lahir dan kita...
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setisp murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.