Monday, September 15, 2008

LAMAN MOTIVASI...Inilah Nasihat Pepatah Lama Cina...


Seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh, dia sampai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari. Selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa 1 setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya. Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita itu di tepi sungai.

"Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu...". Wanita tua itu tersenyum, "sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi itu..?Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari..kamu telah menyirami benih2 bunga itu... Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga2 yang cantik ini untuk menghiasi meja..sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini..."


SETIAP KITA MEMPUNYAI KEKURANGAN YANG TERSENDIRI...TETAPI, KERETAKAN DAN KEKURANGAN KITA ITULAH YANG MENJADIKAN PERKONGSIAN HIDUP KITA SANGAT MENARIK DAN BERMANFAAT..KITA PERLU MENERIMA SETIAP MANUSIA SEADANYA DAN MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI MEREKA......











No comments: