Friday, August 29, 2008

WoNdErPETS??


Nampaknya, sejak cikgu promote iklan blog unit kaunseling MK berserta imej wonderpets, ramai pelajar asyik nyanyi lagu wonderpets!!Agaknya,ramai peminat kartun wonderpets kat sekolah kita ni ye.. :)

Okla bagi yang tak pernah menonton...sebenarnya kartun wonderpets ni penuh dengan nilai murni iaitu semangat bekerjasama sesama rakan...

"kami tak besar dan kami tak kuat..bila bekerjasama semua jadi mudah....."

So, sebagai pelajar yang excellent...kamu seharusnya sentiasa bekerjasama dalam apa jua tindakan terutama pelajaran,saling bantu membantu supaya semua orang dapat mencapai kejayaan yang diidamkan....bukankah ilmu yang baik itu untuk dikongsi dan disebarkan..??

Renung-renungkan ye...





SALAM MERDEKA..






Salam Kemerdekaan ke - 51 ..Terima Kasih MALAYSIA..



MALAYSIAKU MERDEKA!!!

Salam Kemerdekaan buat warga Malaysia...Apakah erti merdeka kepada anda? Mungkin setiap individu mempunyai takrifan berbeza tentang merdeka...Walau apapun yang ada di fikiran anda...bersyukurlah kerana kita masih punya waktu untuk menghela nafas di bumi yang makmur ini..buktikan rasa kasih sayang anda kepada negara kita yang tercinta...

Untuk pelajar-pelajar yang dikasihi..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51...Hmm..dan bagi anak-anak yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos..Happy Birthday!!

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan al Mubarak....







Wednesday, August 27, 2008

Wanita dan Rama-rama...

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj




Tuesday, August 26, 2008

"Early birds get the most worms..."



Pernahkah anda mendengar peribahasa inggeris di atas yang bermaksud burung yang keluar awal mendapat lebih banyak rezeki? Apa agaknya maksud yang tersirat di sebalik peribahas itu? Di sini, saya ingin berkongsi dengan rakan dan pelajar tentang sikap SENTIASA AWAL DAN MENDAHULUI ORANG LAIN.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria dalam bukunya yang bertajuk PETUA PELAJAR CEMERLANG, pelajar yang cemerlang sentiasa mendahului orang lain dan awal di dalam segala hal. Jadi, bagaimana agaknya kita dapat berada dalam kelompok pelajar yang begini? Sila semak tips di bawah untuk info yang lebih lanjut...



  • Awal datang ke kelas atau kuliah. Pelajar yang datang awal mempunyai masa untuk bersedia sebelum mula belajar.


  • Duduk di barisan hadapan dan pilih posisi tengah dalam sebarang majlis atau perhimpunan. Posisi hadapan memudahkan tumpuan dan kurang gangguan.


  • Membuat persiapan awal dalam semua subjek dan topik dengan membaca buku atau menelusuri setiap bab sebelum guru mula mengajar topik berkenaan.


  • Paling awal membuat persiapan untuk peperiksaan.


  • Mendahului pencapaian di dalam sebarang ujian dan peperiksaan.


  • Mencapai kecemerlangan sejak awal tahun dan tidak menangguh belajar hingga ke saat-saat terakhir.




Monday, August 25, 2008

Beautiful Heart For Beautiful People...





"Never take for granted every person close to your heart because you might wake up one day and realize that you have lost a diamond because you were too busy collecting stones..





Friday, August 15, 2008

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan




Tahniah kepada semua guru SMK Mohd Khalid, Johor Bahru yang telah menghadiri kursus LDP tahun ini. Sepanjang bulan Ogos ni full aktiviti kita dengan kursus tapi semuanya menyeronokkan. Terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah yang telah membawa kami bercuti sambil berkursus di Teluk Ramunia pada 1 dan 2 Ogos yang lalu. Slot2 kursus di sekolah pun tak kurang hebatnya. Rasanya, selepas ceramah Pengurusan Stres yang disampaikan oleh En. Abdullah semalam, semua guru lebih bersemangat untuk bekerja...harap2 lepas ni kita dah boleh handle stress dengan baik..Hubungan kita pun makin erat antara satu sama lain..Hmm...'an apple a day keep the doctor away...",Ingat...'kesulitan akan bertambah jika dihitung-hitung, dan akan lenyap jika tidak dipedulikan....'


Guru Cemerlang, Pelajar Gemilang...













Wednesday, August 13, 2008

AMANAT PENGARAH JPN JOHOR


Perkongsian bersama rakan guru...petikan pesanan ayahanda Pengarah, Tn. Hj. Shufa'at bin Tumin bertarikh 1 Ogos 2008.


Seperinduk sepermainan,

Seperguruan segelanggang,

Lautan sama direnangi,

Lurah sama dituruni,

Huma sama ditugal,

Masak sama dituai..


Diikat-ikat sehingga panjang,

Dijalin-jalin sehingga rapat,

Ditarik-tarik sehingga tegang,

Dianyam-anyam sehingga menjadi tikar,

Dipikat-pikat hingga mahu dekat,

Dipujuk-pujuk sehingga hilang rajuk,

Disiram-siram sehingga basah,

Diasah-asah sehingga tajam...


Ayuh rakan seperguruan..kita realisasikan JOHOR TOP 5...








Makanan Untuk Menguatkan Daya Ingatan..

Ramai antara kita tidak menyedari sebenarnya otak tidak pernah kehilangan daya untuk mengingati sesuatu perkara. Fungsi otak sama seperti fungsi sebuah komputer yang boleh merakam dan mengingati semua perkara dan peristiwa. walaubagaimanapun, masalah lemah daya ingatan boleh berlaku jika kita tidak mempraktikkan amalan mengingati maklumat sehingga memori yang dimiliki hilang..Jadi, apa makanan yang sesuai untuk anda???
(MADU) : Madu ialah makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan pelbagai zat galian yang penting. Madu berkesan untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti mengelakkan kepenatan otak apabila berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Pelajar digalakkan mengambil madu sebanyak dua sudu teh pada waktu pagi dan malam serta dilarang memakan tembikai semasa mengggunakan madu.
(SUSU SEGAR) : Susu mengandungi 3 unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat merawat kesihatan umum dan penawar kelupaan serta boleh menguatkan tulang belakang dan memperbaiki penglihatan. pelajar disaran mengambil segelas susu pada sebelah pagi dan malam.
(TELUR) : Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur kaya dengan pelbagai khasiat dan berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda. telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan masih baru.
(GINKGO) : Digunakan sebagai ubat menguatkan daya mengingat sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Menurut Dr. George Lewith dari Royal South hants Hospital di Southampton, England, ginkgo boleh memperbaiki peredaran darah ke otak dengan membesarkan pembuluh darah sehingga meningkatkan bekalan oksigen.
(MINYAK IKAN) : Mengandungi asid lemak Omega 3 yang merupakan komponen penting daripada membaran sel otak yang boleh memperbaiki kekuatan daya ingatan.
(KACANG) : Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya dan pistasio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.


Oleh itu, pelajar disaran mengamalkan makanan-makanan yang berupaya meningkatkan ketajaman minda dan daya ingatan..Jangan asyik makan makanan ringan atau 'fast food' saja ye..untuk info lebih lanjut, anda boleh mendapatkan majalah FOKUS terbaru di pasaran....











Monday, August 11, 2008

GOOD LUCK FOR TRIAL EXAM..


Hari ini 11 Ogos hingga 15 Ogos 2008 adalah tarikh Peperiksaan Percubaan PMR bagi semua sekolah daerah Johor Bahru..buat pelajar-pelajar Tingkatan 3 SMK Mohd Khalid, Selamat Berjuang dan semoga kejayaan menjadi milik anda...












Hari Lahir dan kita...


Setiap dari kita mempunyai tarikh istimewa dalam hidup..Apa istimewanya sambutan ulangtahun kelahiran bagi anda? Sememangnya ianya subjektif dan punyai pengertian berbeza bagi setiap individu... Namun, realitinya sebagai insan kita harus bersyukur ke hadrat Pencipta kita yang telah memanjangkan usia untuk kita terus berjuang menempuh hidup..meningkatkan amalan dan memberikan yang terbaik kepada insan lain. Ucapan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada para pelajar dan rakan taulan yang telah memberikan kejutan pada hari lahir saya yang lalu..akan dikenang sepanjang hayat,Insya Allah...buat anak-anak didik,rakan-rakan dan sahabat handai yang telah,sedang dan akan meraikan sambutan ulangtahun...Happy Birthday...Semoga hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam dan esok akan lebih baik dari hari ini...

















Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mohd Khalid

VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH

Bahawasanya setisp murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek,jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.








Wednesday, August 6, 2008

UBK's Blog....




Alhamdulillah, tercapai juga hasrat saya untuk mewujudkan blog Unit Kaunseling. Semoga ianya akan menjadi wadah untuk kita sama-sama bertukar pendapat dan pandangan untuk memajukan lagi perkhidmatan UBK amnya dan pelajar khususnya..Happy Blogging!