Friday, January 16, 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah..

Salam Motivasi...
Pada 14 Januari yang lalu, cikgu telah menghadiri taklimat pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah bertempat di Maktab Sultan Abu Bakar..Fokus utama PPDa sudah tentu untuk memupuk kesedaran tentang bahaya najis dadah kepada semua terutama golongan pelajar dengan misi Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012..
Jadi, untuk tahun 2009 ini, cikgu telah merangka beberapa program untuk merealisasikan misi PPDa di sekolah ini. Harap semua pelajar dapat memberikan sokongan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. Sudut PPDa juga akan dimantapkan agar sesuai dan relevan dengan keperluan pelajar...
STAY AWAY FROM DRUG!!!




Wednesday, January 14, 2009

ILUSI OPTIK..

cuba anda perhatikan gambar di atas...adakah anda melihat objek yang bergerak pada gambar???menakjubkan bukan...mm....itulah yang dinamakan ilusi optik...so, ujilah kehebatan mata anda...selamat mencuba...!!

Friday, January 9, 2009

Salam Motivasi & Program Orientasi


Salam motivasi untuk semua....


Rasanya belum terlambat untuk cikgu mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar2 MK..Tahun baru..azam baru!!!Apa agaknya azam anda untuk Tahun 2009 ini??
Khas untuk pelajar Tingkatan 1 yang baru mendaftar..you're most welcome to be MK's family..

OK..bercakap tentang pelajar form one..minggu ini pelajar-pelajar ini telah mengikuti Program Orientasi..pelbagai agenda telah disusun untuk mengisi perjalanan 'Orientation Week 2009'...tahniah dan syabas cikgu ucapkan pada semua pelajar Tingkatan 1 yang telah memberikan komitmen tinggi dan tekun dengan slot-slot taklimat yang telah dijalankan. Respon dan soalan yang diajukan juga sangat baik dan bernas..KEEP IT UP! semoga sikap ini akan terus kekal dan berusahalah untuk menyesuaikan diri dan menjadi pelajar cemerlang di MK.

Untuk pelajar sekalian,

"Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu.."