Monday, September 22, 2008

PESANAN AYAHANDA PENGARAH KEPADA CALON PMR DAN SPM 2008

Ke hadapan anakanda yang dikasihi, calon PMR dan SPM Negeri Johor dengan iringan doa semoga dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus tekun menuntut ilmu pengetahuan hingga ke akhir hayat.
Tujuan ayahanda Pengarah mengirim warkah ini, sebagai tanda kebersamaan ayahanda pengarah, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Guru Besar dan guru-guru serta Yand Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG, dalam usaha ankanda sekalian mengejar cita-cita pada hari muka. Bagi kami, anakanda sekalian adalah sebutir benih yang sentiasa dibaja, disiram dan dipelihara bagai menatang minyak yang penuh, agar apabila dewasa nanti akan mengakar dan merimbun.
Anakanda sekalian,
Kejayaan anakanda menggapai cita-cita pada masa akan datang, bergantung kepada usaha yang anakanda lakukan dalam bidang pelajaran pada hari ini. Justeru itu, ketekunan anakanda dalam menelaah pelajaran sangat dituntut. Bak kata pepatah;
Alang-alang mengaji, biar sampai khatam
Alang-alang menanam, biar sampai menuai
Alang-alang berjalan, biar sampai menjadi alim
Walaupun ketika ini masa semakin suntuk, namun masa yang berbaki perlu digunakan sepenuhnya. Jangan sesekali masa yang tinggal dibiarkan begitu sahaja. Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk membuat rujukan daripada buku-buku di perpustakaan dan berbincang bersama teman-teman seperjuangan untuk memastikan segala fakta dan maklumat yang diperoleh komprehensif. Seterusnya, usah lupa bertanya kepada guru-guru untuk merungkai kekeliruan yang timbul. Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan tekanan menjelang peperiksaan.
Di samping itu, kesihatan dan keselamatan diri perlu sentiasa diberi keutamaan. Hal ini sebab, setelah sekian lama anakanda berhempas pulas, menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran, maka besar harapan ayahanda Pengarah, pada saat akhir, anakanda akan menduduki peperiksaan, kesihatan anakanda berada pada tahap yang terbaik. Selai itu, suka ayahanda Pengarah berpesan, dapatkanlah restu daripada ayah dan bonda serta guru-guru. Kemudian sentiasalah berdoa, semoga segalanya dipermudahkan. Ayahanda Pengarah mendoakan;
Yang busut hendaknya menjadi bukit
Yang bukit menjadi gunung
Sepuncak menjadi seguni
Secupak menjadi segantang
Sebuntil menjadi sekepuk
Sekuali menjadi sekawah
Anakanda yang dikasihi,
Sebelum ayahanda mengakhiri warkah ini, hendaknya anakanda sentiasa tenang dan tabah menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. Ingatlah, walaupun masa telah begitu singkat tetapi anakanda masih sempat untuk mengatur langkah teratur menuju kejayaan. Berjanjilah kepada ayahanda, untuk encapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan kelak dan bersama-sama mengukir gemilang "Johor Top 5".
Akhir kata, doa ayahanda sentiasa mengiringi usaha gigih anakanda sekalian.
"Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Semoga Berjaya"

Daripada Ayahanda

(HJ. SUFA'AT BIN TUMIN)

Pengarah Pelajaran Johor

Friday, September 19, 2008

TQ TeACHErs....

Alhamdulillah..semalam telah selesai 1 program RIMUP kelompok yang dikelolakan oleh SMKMK, SSI n SAB..Sempena bulan merdeka ni....tajuknye pun tentang JEJAK SEJARAH...
Di kesempatan ini, terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah membantu melancarkan perjalanan program ni...you're great frenzz....all for one & 1 for all....
Congrats juga pada students yang berjaya membawa pulang hadiah.....Memang anda semua warga Malaysia yang cemerlang..!!
Minggu depan kita pergi lawatan pulak ye...

Sebelah malam pulak kita sama-sama attend majlis solat hajat untuk PMR dan SPM...Ramai ibubapa dan pelajar yang hadir...Mudah-mudahan PMR dan SPM candidates tahun ini berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH....
Cikgu doakan kejayaan semua...once again...tq to all the teachers of MK...Proud to be part of you...:)




Thursday, September 18, 2008

EXAM..EXAM...EXAM....!!!

Nampaknya demam peperiksaan sekali lagi melanda pelajar-pelajar MK...Hari ni cikgu nak berkongsi sedikit tips yg mungkin boleh digunapakai sebagai persediaan di saat-saat akhir menjelang peperiksaan PMR, SPM dan Final Exam bg F1,2 & 4...

MINGGU-MINGGU TERAKHIR...
  • Ulangkaji berterusan secara ind @ berkumpulan, discussion..(bagi yg pandai, jgn kedekut ilmu ye...)
  • Jaga kesihatan diri : riadah,makanan seimbang, tidur yg cukup, emosi yg stabil..
  • Memotivasikan diri utk berjaya dgn cemerlang.
  • Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN...

  • Bertenang (emosi yg. stabil)
  • Lihat nota2 yg telah anda buat..
  • Tandakan jadual peperiksaan..(jgn salah hari)
  • pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alatulis yg diperlukan lengkap...
  • berdoa banyak2
  • dapatkan sokongan moral dr keluarg..
  • persiapkan mental anda untuk berjuang di dewan peperiksaan!!
  • pastikan tidur yg cukup..(nanti mengantuk tgh jawab exam...)
HARI PEPERIKSAAN,..
  • bangun awal pagi
  • sarapan yg. seimbang
  • pastikan maklumat peperiksaan lengkap
  • datang awal ke dewan peperiksaan
  • tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
  • doa-mohon ketenangan dan kejayaan
  • masuk ke dewan dengan tenang
  • peristiwa luar jangka : simpan no. telefon ..(sekolah..guru..su peperiksaan)
DALAM DEWAN PEPERIKSAAN..
  • Tenangkan diri dan yakin dengan kebolehan anda untuk menjawab dengan baik..
  • dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
  • baca semua soalan berhati-hati dan teliti
  • jawab soalan yg senang dahulu
  • catat idea pd kertas soalan (bg karangan @esei)
  • sentiasa semak baki masa yg ada..
  • jika tertekan ....banyakkan istighfar,tarik nafas, bertenang...
  • jangan tidur...(nanti anda akan kelam kabut tak cukup masa!!)
SO, SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA...

"Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana di ulangkaji. Lupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.." -HAMKA-

Monday, September 15, 2008

LAMAN MOTIVASI...Inilah Nasihat Pepatah Lama Cina...


Seorang wanita tua cina mempunyai 2 bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh, dia sampai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari. Selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa 1 setengah pasu air sahaja.

Semestinya pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya. Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita itu di tepi sungai.

"Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu...". Wanita tua itu tersenyum, "sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi itu..?Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari..kamu telah menyirami benih2 bunga itu... Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga2 yang cantik ini untuk menghiasi meja..sekiranya kamu tidak menjadi diri kamu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini..."


SETIAP KITA MEMPUNYAI KEKURANGAN YANG TERSENDIRI...TETAPI, KERETAKAN DAN KEKURANGAN KITA ITULAH YANG MENJADIKAN PERKONGSIAN HIDUP KITA SANGAT MENARIK DAN BERMANFAAT..KITA PERLU MENERIMA SETIAP MANUSIA SEADANYA DAN MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI MEREKA......











Di Pertengahan Ramadhan....


Diam tak diam..rupanya dah masuk 15 hari kita berpuasa...sudah separuh perjalanan kita tempuhi dalam bulan yang penuh keberkatan ini..Marilah kita sama-sama memuhasabah diri ...sudah cukupkah amalan dan sedekah jariah kita selama ini...? Adakah puasa kita diterima oleh-Nya?

Sebagai hamba yang serba kekurangan,marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Yang Maha ESA kerana masih diberi peluang untuk menunaikan Rukun Islam Ketiga serta menghela nafas di bumi yang indah ini.. Ramadhan akan berlalu pergi..semakin hari semakin ia berlalu meninggalkan kita...masihkah ada peluang untuk kita mengecap nikmat Ramadhan untuk tahun-tahun akan datang?

Lihatlah wajah dan renunglah peribadi kita sebaik mungkin...mudah-mudahan detik mendatang menjanjikan seribu satu kebahagaiaan untuk kita bersama..

AMIN....










Friday, September 12, 2008

UJI OTAK ANDA...


Satu permainan mudah...


cuba anda duduk dan putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam...dalam masa yang sama cuba tuliskan angka 6 menggunakan tangan kanan..
Perhatikan apa yang terjadi kepada kaki kanan anda...arah putaran secara automatik bertukar arah...
TAK PERCAYA??? CUBALAH...
begitulah hebatnya koordinasi otak manusia....

Wednesday, September 10, 2008

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN..









PROGRAM "ANAKKU SAYANG"



Salam Kasih Sayang...

Program Anakku Sayang untuk calon PMR dan SPM telahpun bermula...setiap pelajar telahpun mendapat ibu atau bapa angkat dalam kalangan guru..Hmm...sudahkah anda bertemu dengan ibu @ bapa angkat anda?...

Dalam tempoh masa yang amat singkat ini, cikgu sangat mengharapkan agar setiap dari kamu mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan bimbingan yang padu daripada para guru...minta lah nasihat mereka..berkongsilah persolan dengan mereka..mudah-mudahan kamu semua mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam PMR dan SPM tahun ini..

Untuk anak-anak angkat cikgu...Syikin,Azua,Arina,Afiq n Nabil..all the best for SPM n PMR..Yang puteri2 dah datang jumpe..putera dua orang tu bila nak jumpe cikgu agaknya ye....? :)










Tuesday, September 9, 2008

SEBELUM KAMU MENGELUH..


1.Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahawa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda,fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

7. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang
tinggal di jalanan

8. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

11. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup !

Adaptasi dari karya Indonesia untuk kita sama-sama renungi dan hayati....

Friday, September 5, 2008

TRIAL SPM...

Salam untuk semua...
Minggu depan bermulalah trial exam untuk pelajar2 Form 5...dah ready ke belum? Cikgu ucapkan selamat berjuang untuk semua..do the best!!Kamu adalah pelajar2 terbaik yang akan mengharumkan nama MK..Insya Allah..cikgu doakan kejayaan semua..







Wednesday, September 3, 2008

SURATAN @ KEBETULAN..





Salam Ramadhan buat semua...


Sebagai insan biasa..kita selalu melalui detik2 pahit dan manis dalam hidup..Namun, ada dalam kalangan kita yang seolah-olah menyalahkan takdir apabila berlakunya sesuatu musibah dalam kehidupan..Sedangkan kita sebagai hamba seharusnya redha dengan ujian yang diberikan.."ada masanya hujan turun di tengah terik sinaran mentari..kita sedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar sang mentari? Rupa-rupanya..hujan itu tidak lama kerana Allah berikan kita pelangi yang indah..."
Begitulah jua roda kehidupan..ada masa kita diuji dengan kejayaan dan ada waktu pula kita diuji dengan kegagalan..Sesungguhnya, di sebalik sesuatu yang berlaku itu, tersembunyi hikmah yang cukup besar ertinya..Ayuh!kita bangkit dari kegagalan dan kesedihan lalu kerana sudah pasti ada sinar hikmah untuk kita...