Thursday, September 18, 2008

EXAM..EXAM...EXAM....!!!

Nampaknya demam peperiksaan sekali lagi melanda pelajar-pelajar MK...Hari ni cikgu nak berkongsi sedikit tips yg mungkin boleh digunapakai sebagai persediaan di saat-saat akhir menjelang peperiksaan PMR, SPM dan Final Exam bg F1,2 & 4...

MINGGU-MINGGU TERAKHIR...
  • Ulangkaji berterusan secara ind @ berkumpulan, discussion..(bagi yg pandai, jgn kedekut ilmu ye...)
  • Jaga kesihatan diri : riadah,makanan seimbang, tidur yg cukup, emosi yg stabil..
  • Memotivasikan diri utk berjaya dgn cemerlang.
  • Banyakkan berdoa dan bersolat hajat...

SEHARI SEBELUM PEPERIKSAAN...

  • Bertenang (emosi yg. stabil)
  • Lihat nota2 yg telah anda buat..
  • Tandakan jadual peperiksaan..(jgn salah hari)
  • pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alatulis yg diperlukan lengkap...
  • berdoa banyak2
  • dapatkan sokongan moral dr keluarg..
  • persiapkan mental anda untuk berjuang di dewan peperiksaan!!
  • pastikan tidur yg cukup..(nanti mengantuk tgh jawab exam...)
HARI PEPERIKSAAN,..
  • bangun awal pagi
  • sarapan yg. seimbang
  • pastikan maklumat peperiksaan lengkap
  • datang awal ke dewan peperiksaan
  • tiada lagi perbincangan tentang pelajaran
  • doa-mohon ketenangan dan kejayaan
  • masuk ke dewan dengan tenang
  • peristiwa luar jangka : simpan no. telefon ..(sekolah..guru..su peperiksaan)
DALAM DEWAN PEPERIKSAAN..
  • Tenangkan diri dan yakin dengan kebolehan anda untuk menjawab dengan baik..
  • dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
  • baca semua soalan berhati-hati dan teliti
  • jawab soalan yg senang dahulu
  • catat idea pd kertas soalan (bg karangan @esei)
  • sentiasa semak baki masa yg ada..
  • jika tertekan ....banyakkan istighfar,tarik nafas, bertenang...
  • jangan tidur...(nanti anda akan kelam kabut tak cukup masa!!)
SO, SELAMAT BERJAYA UNTUK SEMUA...

"Jangan malas mengulangkaji, sebab lancarnya kajian kerana di ulangkaji. Lupa adalah penyakit yang berbahaya bagi ilmu pengetahuan.." -HAMKA-

1 comment:

ahadancoach said...

satu lagi tambahan dari Abg Bro...Solat sunat taubat, sunat hajat,sunat syukur jgn dilupakan...setelah usaha dijalankan marilah sama-sama kita bertawakal pada Allah...mohon jgn berlaku perkara tidak di ingini sebelum,semasa dan selepas exam....